Skip to main content

Blizzard hari ini melancarkan penambahan Wrath of the Lich King untuk World of Warcraft Classic. Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Bersempena dengan pelancaran ini, mereka juga telah membuka pra-tempahan untuk replika pedang Frostmourne yang digunakan oleh Lich King di dalam permainan. Pedang ini diperbuat daripada gabungan logam aloi zink dan tembaga dan keluli tahan karat.

Activision-Blizzard mengatakan bahawa dua versi replika pedang ini akan dikeluarkan, iaitu versi replika saiz 1:1 pada harga $1500 dan juga replika versi kecil yang boleh digantung di dinding yang akan dijual pada harga $200.

Replika-replika pedang Frostmourne ini akan dihantar kepada pembeli sekitar bulan Februari tahun hadapan. Sekiranya anda berminat untuk menempah replika pedang legenda ini, anda boleh ke laman web Blizzard Gear untuk mendapatkannya.

Leave a Reply