Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang alat kawalan DualSense versi God of War Ragnarok seperti yang diumumkan semasa state of play sebelum ini akan tiba secara rasmi di Malaysia dengan harga RM369.

Alat kawalan khas ini hadir dengan rekaan warna biru dan putih, yang mengambil inspirasi daripada Midgard. Manakala di bahagian touchpad terdapat beruang dan serigala menggambarkan Kratos dan Atreus.

Ia akan ditawarkan bermula pada 9 November 2022 iaitu tarikh pelancaran untuk permainan God of War Ragnarok. Jika berminat, anda boleh dapatkannya melalui Sony Store dan juga pengedar-pengedar rasmi PlayStation pada tarikh tersebut.

Sohor Kini