Acer Malaysia memulakan sambutan Hari Acer 2026 dengan menawarkan pelbagai diskaun bagi perkakasan komputer, desktop gaming, monitor, dan perkakas rumah pintar bermula hari ini sehingga 12 Julai 2026 di jerayawara yang bertempat di Mid Valley Megamall. Promosi kali ini menyaksikan pemotongan harga sehingga 85% serta barangan terpilih yang dijual serendah RM19 menerusi sesi Jam Aktif Hari Acer.

Selain promosi harga, pengunjung yang hadir ke pameran bergerak ini boleh menyertai aktiviti interaktif berkonsepkan gamifikasi untuk membawa pulang hadiah peribadi secara percuma tanpa memerlukan sebarang pembelian. Pembelian peranti tertentu di lokasi turut melayakkan pelanggan membuka Kotak Misteri Acer yang mengandungi baucar Adidas bernilai RM200 atau produk Acer dan Acerpure.

Pelanggan juga boleh menebus kredit TNG eWallet sehingga RM200 serta barangan bersama bernilai sehingga RM299 melalui laman web a-redemption.com, di samping peluang memenangi sepasang tiket ke Busan, Korea bernilai RM25,000 bagi peserta yang menghantar slogan terbaik.

Berikut adalah perincian spesifikasi dan harga perkakasan utama yang ditawarkan sepanjang acara berlangsung:

Predator Helios 18 (PH18-73-90Z0)

Komputer riba gaming kelas premium ini dikuasakan oleh cip pemproses gred tinggi Intel Core Ultra 9 275HX dan dipadankan bersama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090. Konfigurasi ini dibina untuk mengendalikan permainan video moden pada tetapan tertinggi serta tugasan hiburan dan pengkomputeran berat. Predator Helios 18 menerima potongan harga sebanyak RM2,000, membawakan harga promosinya kepada RM18,999.

Acer Nitro V 15 (ANV15-51-5914)

Sesuai untuk pemain yang memerlukan unit grafik diskret untuk paparan hiburan dan permainan yang lancar, model ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060. Peranti ini ditawarkan dengan potongan harga sebanyak RM600 sepanjang acara, menjadikan harga jualan rasminya kini RM4,099.

Predator Orion 3000 (PO3-665-225W11D)

Bagi peminat desktop desktop, rig gaming ini dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra 5 225F. Ia dilengkapi dengan memori RAM sebanyak 16GB serta storan pantas sehingga 1TB SSD bagi memastikan kelancaran memuatkan fail multimedia dan permainan bersaiz besar. Semasa sesi Jam Aktif, harganya dikurangkan daripada RM7,299 kepada RM4,999.

Acer Aspire Lite 14 (AL14-53-P-50UY)

Komputer riba nipis dan ringan ini disasarkan kepada pelajar serta golongan profesional muda untuk kegunaan tugasan harian dan hiburan. Ia hadir dengan spesifikasi memori RAM 16GB dan storan digital sebesar 512GB SSD. Model ini menerima potongan harga sebanyak RM200, menjadikan harga belian terbaharunya RM2,899.

Acer Aspire 7 (A715-596-54Q6)

Komputer riba ini menggabungkan cip pemproses Intel Core 5 210H dengan kad grafik NVIDIA RTX 3050 untuk sokongan permainan kasual. Bagi menyokong kelancaran multitasking, ia dilengkapi dengan RAM 8GB dan storan 512GB SSD. Harga runcit cadangannya dikurangkan daripada RM3,399 kepada RM2,799 semasa slot promosi khas.

Acer Aspire Lite 16 (AL16-53P-55WM) & Aspire Lite 15 (AL15-46P-R8LD)

Dua model komputer riba kompak ini turut ditawarkan pada harga istimewa untuk kegunaan produktiviti dan hiburan. Varian Aspire Lite 16 membawakan cip pemproses Intel Core Ultra 5 115U dengan RAM 16GB dan storan 512GB SSD pada harga Jam Aktif RM2,399 (harga asal RM3,199). Manakala varian Aspire Lite 15 pula menggunakan unit pemprosesan AMD Ryzen 3 54000, RAM 8GB, serta 512GB SSD yang boleh dibawa pulang pada harga promosi RM1,799 (harga asal RM2,199).

Acer XC Desktop (XC-1725-5125W11)

Desktop menara kompak ini dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra 5 125H. Spesifikasi dalamannya disokong oleh RAM sebanyak 8GB dan storan bersaiz 512GB SSD, membolehkan pengguna membelinya pada harga promosi RM2,399 berbanding harga asal RM3,099 semasa sesi khas.

Acer PM161QJ2 Monitor Mudah Alih

Paparan luaran mudah alih ini menggunakan panel IPS bersaiz 15.6 inci yang sesuai digunakan sebagai skrin sekunder untuk tugasan kerja mahupun menikmati kandungan multimedia di luar rumah. Monitor ini menyaksikan penurunan harga daripada RM299 kepada RM199 semasa sesi jualan masa terhad.

Ketersediaan, Harga Sesi Khas dan Aktiviti Komuniti

Pameran bergerak Hari Acer 2026 ini dijadualkan berlangsung di Mid Valley Megamall sehingga 12 Julai 2026. Sesi khas Jam Aktif Hari Acer pula akan bermula tepat jam 11:00 pagi pada 11 dan 12 Julai 2026, yang mana produk gaya hidup dan aksesori lain turut dilelong pada harga terendah. Antaranya termasuklah kerusi gaming Acer Nitro Gaming Chair LK-8103N pada harga RM99 (SRP RM799), pembersih vakum Acerpure Vacuum Cleaner V2 pada RM399 (SRP RM1,299), penulen air Acerpure WP3 pada RM199 (SRP RM799), dan kipas tangan Acerpure HF1 pada harga RM49 (SRP RM199).

Sebagai kesinambungan sambutan ulang tahun ke-50 global syarikat dan tahun ke-10 acara tahunan ini, aktiviti komuniti “Hari Aktif Acer” bakal menyusul pada 1 Ogos 2026 bertempat di The Campus, Ampang. Acara kecergasan tersebut akan memuatkan cabaran litar inspirasi Hyrox, sesi Yoga, Zumba, serta Zon Aktif Junior khusus untuk kanak-kanak. Pendaftaran awal secara dalam talian diperlukan melalui platform Instagram atau Facebook rasmi Acer Malaysia.

Leave a Reply