Level Infinite melalui permainan Honor of Kings, memperkenalkan siri skin baharu bertemakan makanan ikonik Asia Tenggara melalui acara “Cosmic Cravings” yang berlangsung dari 2 Julai sehingga 9 September 2026. Siri ini membawakan interpretasi futuristik yang diinspirasikan daripada hidangan tradisi serantau seperti Nasi Kuning, Kedondong Asam Boi, dan Halo-Halo.

Pemain boleh mendapatkan salah satu daripada skin eksklusif ini, iaitu Alessio – Cosmic Cravings: Fizz, secara percuma. Skin yang mengambil inspirasi daripada perisa minuman masam manis popular di Malaysia, Kedondong Asam Boi, boleh ditebus dengan mendaftar masuk setiap hari serta melengkapkan misi acara untuk mengumpul mata yang ditetapkan.

Bagi dua lagi skin dalam koleksi ini, Erin – Cosmic Cravings: Zest (Halo-Halo dari Filipina) dan Dun – Cosmic Cravings: Sear (Nasi Kuning dari Indonesia) boleh diperoleh melalui acara Wish Event menggunakan Wish Token atau Voucher. Dun dijamin diperoleh selepas 20 kali pusingan tile, manakala Erin pula dijamin selepas 30 kali pusingan tile. Pemain juga berpeluang mendapat sehingga 12 kali peluang wish percuma melalui misi harian. Kedua-dua skin Dun dan Erin ini boleh dijual serta disenaraikan di pasaran permainan.

Selain penampilan watak, acara bertema ini turut menyertakan beberapa penambahbaikan visual dan audio di dalam game. Ini termasuk kesan Recall tersendiri bagi setiap hero yang diinspirasikan daripada hidangan ikonik masing-masing, elemen visual unik, serta runut bunyi bergenre City Pop. Di samping itu, aktiviti luar game seperti pengalaman Cosmic Cravings H5 turut diperkenalkan, di mana pemain boleh menyertai “Soul Taste Test” untuk mengenal pasti Persona Makanan masing-masing serta mengumpul lencana eksklusif bersama hero Dun, Erin, dan Alessio.

Honor of Kings sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply