Permainan jenis Trading Card Game seperti Magic: The Gathering, Pokemon, Yu-Gi-Oh dan sebagainya boleh dikatakan agak popular juga di pasaran tempatan. Malah, ia dilihat cukup popular di rantau ini bahawa Bushiroad, syarikat disebalik permainan beberapa permainan kad TCG yang berasal dari Jepun telah mula memperkenalkan salah satu permainan mereka dalam bahasa tempatan untuk pasaran Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Permainan yang diperkatakan ialah Cardfight Vanguard, dan ia baru-baru ini telah diperkenalkan dalam Bahasa Malaysia, Indonesia dan Brunei untuk pasaran-pasaran ini. Versi terjemahan ini telah dilakukan bersama-sama dengan syarikat Dango Pte Ltd di Singapura dan telah dilancarkan pada 23 September yang lalu.
Versi terjemahan Cardfight Vanguard ini juga termasuklah lima dek kad permulaan, iaitu Dragon Empire, Dark States, Keter Sanctuary, Stoicheia, dan Brandt Gate yang merupakan dek permulaan terbaru siri kad ini.
Bukan itu sahaja, set kad booster “Booster Set 01: Kemunculan 5 Negara Terhebat” juga akan diperkenalkan pada 7 Oktober ini di negara-negara ini. Ia juga akan diikuti dengan acara pertandingan Nasional Vanguard juga yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Sumber: IGN SEA