Semalam Netflix telah mengadakan acara atas talian khusus untuk peminat, di mana mereka mengumumkan banyak kandungan baharu yang akan tiba di platform penstriman ini. Selain itu, peminat turut dapat saksikan para pelakon daripada kandungan kegemaran bermain permainan, ditemubual dan banyak lagi.
Berikut adalah antara kandungan menarik lain yang diumumkan atau sudah pun diumumkan sebelum ini, cuma kini dengan treler dan/atau tarikh siaran baginya;
Ia adalah filem untuk keluarga mengenai seorang gadis yang menemui peta ke dunia mimpi, Slumberland. Gadis ini dibantu oleh watak lakonan Jason Momoa untuk menunaikan impian dan membebaskan diri dari mimpi ngeri dengan harapan dapat bertemu kembali dengan mendiang ayah beliau. Ia akan disiarkan pada 18 November akan datang.
Jennifer Lopez kembali berlakon dalam filem aksi. Kali ini menjadi seorang ibu yang merupakah pembunuh upahan yang sedang menyembunyikan diri. Tetapi terpaksa keluar untuk menyelamatkan anak beliau yang diancam. Filem ini masih tiada tarikh siaran lagi buat masa ini.
Ryan Murphy iaitu pencipta siri American Horror Story dan American Crime Story, adalah seorang yang berbakat dalam menghasilkan kandungan seram ngeri atau jenayah yang dahsyat. Karya baharu beliau yang menjadi hangat sekarang adalah Dahmer, Monster: The Jeffrey Dahmer Story yang ramai katakan boleh membawa mimpi ngeri.
Kini beliau akan hadir pula dengan The Watcher, yang juga satu adaptasi kisah benar berdasarkan kisah keluarga Brannock (nama sebenar Broaddus) yang membeli rumah idaman di New Jersey. Namun mereka menerima pelbagai ancaman dan kerap dihendap – Siri TV ini akan melibatkan pelakon Naomi Watts, Bobby Cannavale, dan Jennifer Coolidge. Ia akan disiarkan pada 13 Oktober akan datang.
John Boyega, Teyonah Parris, dan Jamie Foxx akan bersama dalam satu filem aksi komedi yang melibatkan konspirasi kerajaan. Mereka menyedari yang kerajaan sedang melakukan eksperimen ke atas mereka, di mana salah seorang daripada mereka telah diklonkan. Kemudian misteri demi misteri mula berlaku yang membuatkan mereka cuba untuk menyelesaikannya.
Masih tiada tarikh siaran lagi buat masa ini.
Sebuah filem yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama oleh Soman Chainani. Menceritakan kisah Sophie dan Agatha yang diculik dan di bawa ke sekolah khusus untuk menentukan siapakah yang baik dan jahat dan boleh menerima kuasa luar biasa. Ia seakan Harry Potter dan akan disiarkan di Netflix pada 19 Oktober akan datang.
Extraction adalah sebuah filem aksi yang menarik oleh Sam Hargrave, iaitu seorang pelagak ngeri yang berubah menjadi pengarah. Filem ini melibatkan Chris Hemsworth dan mempunyai penceritaan yang menarik. Filem kedua sudah pun disahkan akan tiba tahun hadapan sebagai filem prekuel. Di acara TUDUM, Netflix kongsi klip video di sebalik tabir pembangunan filem kedua Extraction ini.