Sam Hargrave adalah seorang pelagak ngeri yang pernah terlibat dengan filem MCU Avengers: Endgame dan filem DC Birds of Prey. Beliau mengarah filem pertama iaitu Extraction, filem mengenai Tyler Rake (lakonan Chris Hemsworth) seorang pembunuh upahan yang perlu menyelamatkan seorang kanak-kanak.

Selepas disiarkan di Netflix, filem ini mendapat tempat pertama dalam carta Top 10 Netflix Original serta ditonton oleh 90 juta penonton. Netflix turut telah menempah skrip bagi filem kedua Extraction yang dilaporkan adalah prekuel.

Filem prekuel ini sudah pun tamat penggambaran pada April tahun ini. Collider melaporkan yang filem ini akan disiarkan di Netflix pada sekitar tahun 2023 nanti. Chris Hemsworth turut akan kembali sebagai Tyler Rake.

Sam Hargrave akan kekal sebagai pengarah, sementara Joe Russo akan menjadi penulis. Joe dan Anthony Russo akan menerbit filem ini melalui studio produksi mereka, AGBO bersama Chris Hemsworth yang turut menjadi penerbit.

Sohor Kini