Netflix sebentar tadi telah kongsi treler bagi filem The School for Good and Evil yang diadaptasi daripada siri novel popular judul sama karya Soman Chainani.

Daripada treler, filem ini kelihatan seakan Harry Potter tetapi untuk Netflix?

Dalam filem ini ia mengisahkan Sophie (Sophia Anne Caruso) dan Agatha (Sofia Wylie), yang suatu hari secara tiba-tiba memasuki dunia fantasi penuh dengan pelbagai manusia dan makhluk lain termasuk dari kisah legenda seperti King Arthur, Cinderella dan sebagainya termasuk sekolah Good and Evil.

Sekolah ini mendidik pelajar mereka dan menyeimbangkan antara baik dan jahat. Pelajar di sekolah ini akan ditentukan siapakah baik atau jahat, Sophie dan Agatha yang kawan baik nampaknya akan bermusuh.

Dalam usaha untuk kembali ke dunia sebenar, sekolah ajaib yang dibimbingi oleh Schoolmaster (Laurence Fishburne) diserang oleh penjahat lakonan Kit Young.

Sophie di bawah bimbingan Lady Lesso (Charlize Theron), Agatha pula di bawah Professor Dovey (Kerry Washington) dan mereka semua turut disertai oleh Wicked Witch (Freya Parks), Captain Hook (Earl Cave), anak King Arthur (Jamie Flatters), seorang profesor lakonan Michelle Yeoh dan ramai lagi.

Filem ini akan disiarkan di Netflix pada 19 Oktober akan datang.

Sohor Kini