Glass Onion: A Knives Out Mystery adalah sekuel kepada filem Knives Out, iaitu filem penyiasatan pembunuhan misteri oleh Rian Johnson. Filem ini memfokuskan kepada Detective Benoit Blanc lakonan Daniel Craig sebagai watak utama.

Dalam Glass Onion, beliau sedang merantau ke Greece dan melibatkan ramai orang yang sedang bercuti di sana. Di TUDUM, Netflix telah hadir dengan klip baharu memperlihatkan bagaimana beberapa watak menerima jemputan untuk bercuti.

Beberapa watak seperti Duke Cody (Dave Bautista), Claire Debella (Kathryn Hahn), Lionel Toussaint (Leslie Odom Jr.) dan ramai lagi menerima kotak misteri tekaria yang perlu diselesaikan. Selepas berjaya diselesaikan mereka menerima ganjaran untuk bercuti. Persoalannya, siapa yang menghantar jemputan ini dan apakah hubungan antara mereka semua?

Filem ini akan disiarkan di Netflix pada 23 Disember nanti.

Sohor Kini