Money Heist: Korea – Joint Economic Area adalah k-drama yang diadaptasi daripada siri TV Sepanyol Money Heist. Ia mengisahkan sekumpulan perompak dengan topeng unik merompak tempat cetakan wang dalam dunia fiksyen di mana Korea Selatan dan Korea Utara bergabung dan mempunyai mata wang tersendiri.

Dalam masa dua minggu siaran, ia telah menjadi siri TV bukan bahasa Inggeris paling popular. Ketika siaran ia hanya mempunyai enam episod kerana menggunakan konsep yang sama dengan siri asal iaitu dipecahkan kepada beberapa bahagian.
Baca: Ulasan Money Heist: Korea – Joint Economic Area – Pengalaman Menonton Menarik, Dirompak Penceritaan Yang Sama

Di acara TUDUM, Netflix telah berkongsi klip baharu untuk sambungannya iaitu bahagian kedua. Klip ini mendedahkan watak Cha Moo-hyuk dalam adegan kejar mengejar yang penuh dengan aksi hebat. Watak ini adalah watak asli dengan persamaan dengan Alfonso Prieto dalam siri asal.

Money Heist: Korea – Joint Economic Area bahagian kedua dikatakan akan disiarkan pada sekitar hujung tahun 2022. Tarikh siaran masih belum didedahkan lagi buat masa ini, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini