Money Heist adalah siri TV rompakan yang telah mencipta satu fenomena yang agak dahsyat. Siri ini diminati oleh ramai orang di seluruh dunia. Money Heist Sepanyol mempunyai lima musim, ia memfokuskan kepada kisah sekumpulan perompak dengan pendirian tersendiri untuk menghentikan korupsi politik. Kumpulan ini diketuai oleh Professor, iaitu dalang di sebalik rancangan rompakan ini.

Populariti Money Heist membuat Netflix ingin mengambil perhatian lebih ramai orang melanggan platform penstriman mereka. Untuk itu, mereka telah hadir dengan Money Heist: Korea- Joint Economic Area. Ia berlaku di dunia fiksyen, di mana Korea Selatan dan Korea Utara telah bergabung. Kerajaan masing-masing bekerjasama untuk hadir dengan mata wang yang boleh digunakan di kedua-dua negara dan ada Professor mengetuai kumpulan perompak untuk merompak pusat cetakan mata wang baharu ini.

Baca: Ulasan Money Heist: Korea – Joint Economic Area – Pengalaman Menonton Menarik, Dirompak Penceritaan Yang Sama

Kini sudah dua minggu Money Heist Korea disiarkan untuk bahagian pertama dengan enam episod. Siri ini telah menjadi siri TV bukan berbahasa Inggeris paling popular di peringkat global. Ia berada di tangga pertama dalam carta Top Ten Netflix dengan 33,740,000 jam tontonan. Di Malaysia, siri TV ini turut berada di tempat pertama untuk semua siri TV.

Untuk global, tangga kedua dipegang oleh Intimacy musim pertama, dengan Yo soy Betty, la fea musim pertama di tempat ketiga. Masing-masing mempunyai rekod 16,560,00 dan 12,579,000 jam tontonan. Di Malaysia tempat kedua dipegang oleh The Umbrella Academy musim ketiga dan tempat ketiga oleh Alchemy of Souls musim pertama.

Sohor Kini