Tahun ini kita akan disajikan dengan pelbagai kandungan seram oleh Netflix. Dalam masa beberapa bulan lagi kita akan ada The Midnight Club oleh Mike Flanagan yang diadaptasi daripada buku popular dengan judul sama.

Tetapi tahun ini Mike akan ada pesaing, iaitu Guillermo del Toro yang akan hadir dengan siri antologi berjudul Cabinet of Curiosities. Ia adalah siri antologi seram yang dihasilkan oleh ramai pengarah filem seram. Siri ini akan disiarkan pada 25 Oktober untuk dua episod pertama dan diteruskan sehingga 28 Oktober.

Siri ini akan mempunyai lapan cerita berbeza seperti “Dreams in the Witch House,” “Graveyard Rats,” “Lot 36,” “Pickman’s Model,” “The Autopsy,” “The Murmuring,” “The Outside” dan “The Viewing.” Dua daripadanya adalah karya asli Guillermo sendiri. Siri ini dikatakan akan menceritakan kisah seram yang mengenai realiti berbeza dengan dunia kita dan mempersembahkan pelbagai perkara aneh yang menyeramkan atau mengerikan.

Antara penulis siri ini adalah Jennifer Kent (“The Babadook”), David Prior (“The Empty Man”), Guillermo Navarro (“Narcos”), Keith Thomas (“Firestarter”), Panos Cosmatos (“Mandy”), Catherine Hardwicke (“Twilight”), Vincenzo Natali (“In the Tall Grass”) dan Ana Lily Amirpour (“A Girl Walks Home Alone at Night”).

Sohor Kini