HoYoverse hari ini telah mengumumkan yang mereka menganjurkan HoYo Fest untuk tahun ini di beberapa negara Asia Tenggara termasuk juga Malaysia. Seperti penganjuran tahun lepas, ia akan membawa kafe bertemakan permainan-permainan mereka iaitu Genshin Impact, Tears of Themis dan Honkai Impact 3rd.
Bagi tahun ini, kafe yang terpilih untuk menganjurkan HoYo Fest adalah La juiceria Superfoods Signature di Kuala Lumpur, dan berikut adalah tarikh mengikut jenis permainan;
Semasa acara ini berlangsung mengikut permainan, ia akan menawarkan menu bertemakan permainan tersebut, untuk Genshin Impact ia ditawarkan dengan dua menu iaitu yang berharga RM36 dan juga RM45.
Pengunjung juga berpeluang untuk membeli pelbagai barangan cenderamata berdasarkan permainan, antaranya adalah poskad, pendiri dan pelbagai lagi.
Seperti biasa, untuk mengunjungi kafe ini, pengunjung perlu terlebih dahulu melakukan tempahan yang akan bermula pada 22 September 2022. Pengunjung juga perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM36 untuk memasuki kafe dan membeli barangan cenderamata.
Untuk maklumat lanjut dan juga melakukan tempahan anda boleh layari laman rasmi Hoyo Fest.