Ms. Marvel Dilaporkan Akan Diteruskan Dengan Musim Kedua

Episod akhir Ms. Marvel mendedahkan yang Kamala Khan adalah salah satu spesis Mutant. Kisah Ms. Marvel ini akan diteruskan dengan filem The Marvels iaitu sekuel kepada Captain Marvel bersama Brie Larsion, Teyonah Parris dan Iman Vellani.

Baca: Ulasan Ms. Marvel – Menarik Perhatian, Tapi Tak Memikat Hati

Terkini laporan oleh Daniel Richtman, mendakwa yang Marvel Studios telah meluluskan musim kedua Ms. Marvel. Jika ini benar dan diteruskan, Ms. Marvel adalah siri TV MCU kedua yang menerima musim kedua selepas Loki.

Buat masa ini masih tiada sebarang butiran lagi mengenai musim kedua siri TV ini. Tetapi besar kemungkinan Matt Lintz, Yasmeen Fletcher sebagai Bruno dan Nakia, serta Zenobia Shroff, Mohan Kapoor, dan Saagar Shaikh sebagai keluarga Kamala akan kembali dan ia berlaku selepas filem The Marvels.

Sama-sama kita nantikan.

Baca: Temuramah Bersama Penerbit Eksekutif Ms. Marvel, Sana Amanat – Nilai Islam Dalam MCU

Sohor Kini