Ms. Marvel adalah siri TV terbaru Marvel Cinematic Universe untuk Disney+. Siri ini akan menyertakan adiwira muslim pertama dalam MCU, iaitu Kamala Khan yang dikenali sebagai Ms. Marvel.

Kami di Aksiz berpeluang menyertai sidang media Ms. Marvel dan juga menemuramah Sana Amanat, selaku penulis komik Ms. Marvel dan penerbit eksekutif siri TV ini. Dalam sidang media, Kevin Feige, pengarah Adil El Arbi dan Bilall Fallah, kru-kru lain dan juga barisan pelakon telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman membangunkan dan menjayakan siri TV ini.

Dalam Ms. Marvel, ia adalah siri TV pertama memfokuskan adiwira islam. Walaupun komuniti islam dalam siri ini adalah komuniti Pakistan di Amerika Syarikat, ia masih berkait rapat dengan umat islam di seluruh dunia. Contoh menurut Mohan Kapur yang memainkan Yusuf Khan, bapa kepada Kamala – umat islam ke masjid untuk menunaikan solat atau aktiviti lain, sesudah selesai selipar atau kasut akan hilang. Kemudian ibu bapa yang kerap menghalang anak keluar rumah kerana banyak peringatan mengenai halal dan haram bersosial.

Tambahan lagi, apa yang menjadikan Ms. Marvel unik dan berbeza dengan adiwira MCU lain adalah, Kamala itu sendiri adalah peminat dan seorang skema terhadap Avengers. Beliau bukan sekadar seorang remaja biasa yang mempunyai kuasa, tetapi peminat Avengers yang menjadi hero. Kemudian, pengarah filem Bad Boys for Life yang mengarah filem ini iaitu Adil El Arbi dan Bilall Fallah diberi kebebasan oleh Kevin Feige. Dengan kebebasan ini beliau memasukkan elemen Spider-Verse, iaitu animasi dalam dunia aksi nyata sebagai imaginasi Kamala yang boleh dilihat oleh penonton.

Perkara lain mengenai islam dalam siri ini adalah watak Nakia lakonan Yasmeen Fletcher. Beliau mewakili wanita untuk menegakkan keadilan wanita dan wakil berhijab untuk membuktikan semua wanita berkebolehan melakukan apa sahaja dengan memahami identiti masing-masing serta turut boleh meningkatkan keyakinan diri.

Baca: Kevin Feige: AvengersCon Mungkin Akan Diadakan – Konvensyen Untuk Peminat Seakan Star Wars


Temuramah bersama Sana Amanat

Soalan: Bagaimanakah anda bersetuju dengan penulis untuk memastikan mazhab islam dalam Ms. Marvel boleh diterima oleh semua orang dan adil untuk umat islam?

Jawapan: Ms. Marvel dalam komik sendiri adalah antara komik yang berjaya menarik hati ramai orang islam. Kerana tidak banyak komik yang membanggakan agama ini. Dengan memfokuskan satu komuniti di Amerika Syarikat dan melihat keadaan sekarang, banyak perbincangan perlu dilakukan bersama-sama dengan penerbit dan penulis. Kajian turut dilakukan agar apa yang dipersembahkan dalam ini boleh diterima oleh penonton moden dan juga peminat Ms. Marvel.

Soalan: Bagaimanakah perasaan bekerja dengan Kevin Feige dan hasil komik sendiri diadaptasi menjadi siri aksi nyata dalam dunia MCU yang besar?

Jawapan: Sudah semestinya berasa gembira dan teruja dapat bekerjasama dengan Kevin. Beliaua dalah seorang bos yang baik dan memahami apa yang diinginkan dan apa yang perlu. Beliau juga hormat idea dan cadangan untuk mengadaptasi adiwira islam ke MCU. Hasil komik sendiri menjadi aksi nyata adalah sesuatu yang semua penulis komik inginkan. Perkara ini sudah dibincangkan sekitar beberapa tahun lepas, dan apabila ia diberi green light untuk teruskan – saya bertambah teruja dan tidak sabar untuk peminat MCU yang beragama islam saksikannya.

Soalan: Apakah potensi masa hadapan Ms. Marvel?

Jawapan: Sudah bukan rahsia lagi, yang Ms. Marvel akan menjadi watak penting dalam filem sekuel Captain Marvel. Siri ini adalah pengenalan watak ini sahaja untuk peminat memahami siapakah beliau, apakah kuasa beliau dan sebagainya. Dengan kepastian beliau akan muncul dalam filem MCU baharu akan datang, potensi watak ini cerah dan besar untuk pelbagai projek lain lagi.


Ms. Marvel akan disiarkan di Disney+ Hotstar di Malaysia pada 8 Jun akan datang. Ia akan disiarkan dengan satu episod sahaja, dengan episod seterusnya adalah secara mingguan pada setiap hari Rabu. Siri ini mempunyai enam episod secara keseluruhan.

Sohor Kini