The Duffer Brothers dan Netflix telah bekerjasama untuk hadir dengan satu studio produksi baharu, iaitu Upside Down Pictures. Studio ini akan menghasilkan siri sampingan Stranger Things, teater, dan pelbagai projek lain lagi.
Baru-baru ini, Shawn Levy iaitu antara pengarah Stranger Things telah bertemu dengan Kevin Feige untuk bantuan bagi mewujudkan Stranger Things Cinematic Universe (STCU). Shawn juga adalah pengarah filem Deadpool 3 nanti dengan Ryan Reynolds yang akan kekal sebagai pelakon watak tersebut.
Ryan dan Shawn turut berbincang untuk merentas-siri antara Deadpool dan Stranger Things. Mereka sudah ada idea, tetapi masih tidak pasti bagaimana untuk sampaikan kisahnya kepada semua orang. Turut tidak pasti adalah jika Deadpool akan masuk dalam dunia Stranger Things atau sebaliknya.