Wizards of the Coast telah mengumumkan yang set penambahan seterusnya untuk Magic the Gathering adalah Dominaria United yang akan tiba pada 9 September 2022. Set ini adalah yang pertama daripada empat set penambahan yang memfokuskan kepada kawasan popular Dominaria dan akan mengandungi 281 kad.
Bagi penceritaan untuk Dominaria United, ancaman baharu bermula di dalam Dominaria di mana Praetor Sheoldred mengetuai tentera Phrexian untuk menjajah Dominaria selepas bertahun bersembunyi. Dengan kembalinya Planewalkers Karn, Ajani Goldmane, Liliana Vess dan Jaya Ballard, Dominaria United akan memperlihatkan permulaan ancaman yang bukan sahaja kepada Dominaria tetapi juga keseluruhan multi-mesta.
Dominaria United akan hadir dengan Draft Boosters, Set Boosters, Collector Boosters, Commander dan juga kembalinya Jumpstart Booster. Jumpstart adalah booster yang sesuai untuk pemain baharu dan juga lama yang ingin bermain secara terus. Setiap pek akan mengetengahkan 10 tema unik di dunia Dominaria dan akan mengandungi 20 kad yang boleh digabungkan dengan satu lagi pek Jumpstart untuk membentuk satu dek.
Bagi pemain di Malaysia yang melakukan pra-tempahan untuk mana-mana set Dominaria United bernilai sekurang-kurangnya MR450 boleh dapatkan Token khas. Maklumat lanjut mengenainya akan dikongsikan di laman Facebook Magic: The Gathering.
Untuk maklumat lanjut bagi Dominaria United anda boleh layari; https://magic.wizards.com/en/products/dominaria-united.