Filem E.T., Jaws, Indiana Jones, West Side Story adalah filem Steven Spielberg yang dikenali ramai. Beliau adalah seorang pengarah, penulis dan penerbit yang hebat, berbakat dan mempunyai visi tersendiri dalam sesebuah filem.

Terkini beliau bersama dengan Tony Kushner hadir dengan filem The Fabelmans. Sebuah filem biografi mengenai Sammy Fabelmans, seorang peminat filem ketika perang dunia kedua di Arizona. Filem ini menceritakan kisah hidup beliau dari 7 tahun ke 18 tahun sebelum menjadi pengarah.

 Filem ini dikatakan mengambil inspirasi daripada kisah hidup Steven sendiri. Gabriel LaBelle adalah Sammy Fabelman; Michelle Williams pula adalah ibu beliau Mitzi; Paul Dano menajdi bapa beliau iaitu seorang saintis berjaya, Burt; Seth Rogen pula sebagai Bennie Loewy sahabat Burt dan Judd Hirsch sebagai Uncle Boris.

Filem ini akan ditayangkan pada 11 November tahun ini. Di acara TIFF, ia sudah pun ditayangkan dan menerima maklum balas yang sangat baik.

Sohor Kini