Serentak dengan Assassin’s Creed Mirage dan AC untuk Netflix, di Ubisoft Forward tiga lagi permainan baharu di bawa siri AC telah diumumkan. Ketiga-tiga permainan tersebut ialah Assassin’s Creed Codename Red, Codename Jade dan Codename Hexe.

Codename Red ialah permainan premium seperti Mirage yang akan akhirnya membawakan pemain ke zaman feudal Jepun dengan kemampuan men gawal watak shinobi. Treler terlalu pendek untuk memberikan sebarang gambaran lengkap dan tiada tarikh pelancaran diumumkan.

Codename Jade pula ialah sebuah permua yang membawa pemain ke China buat pertama kali sejak Chronicles China. Ini mungkin permua yang dibangunkan dengan kerjasama Tencent yang disahkan kewujudannya minggu lalau selepas syarikat gergasi China ini meningkatkan pegangan dalam Ubisoft ke 9.9%.

Akhir sekali ialah Codename Hexe yang masih lagi misteri kerana tiada watak diperlihatkan kecuali ia nampak seperti sebuah permainan dengan elemen sihir seram seakan Blair Witch Projek. Masa depan AC sekarang semakin jelas dan terdapat pelbagai permainan menarik akan ditawarkan kepada peminat dalam masa terdekat.

Sohor Kini