Acara Ubisoft Forward berlangsung awal pagi ini dengan beberapa permainan baharu Assassin’s Creed telah diumumkan. Pertama sekali treler Assassin’s Creed Mirage yang merupakan permainan utama telah diperlihatkan mengesahkan identiti protagonis dan juga lokasi kali ini.

Berdasarkan treler kita akan mengikuti perjalanan Basim di Baghdad pada kurun ke 9 sebelum dan selepas menjadi ahli The Hidden Ones. Ubisoft turut mengesahkan kisah berlaku 20 tahun sebelum Valhalla. Ini adalah kesinambungan daripada Valhalla dimana Basim memainkan peranan penting di penghujung permainan.

Mirage juga nampaknya akan mengembalikan fokus kepada pemain kembali menjadi pembunuh upahan siluman dan bukan permainan aksi sejak Origins. Lebih menarik ialah pelakon terkemuka Shohreh Aghdashloo, (The Punisher, The Expanse) akan memainkan watak guru kepada Basim dalam Mirage.

Sebagai peminat tegar siri AC sejak 15 tahun yang lalu, kami amat teruja dengan Mirage kerana ia kembali kepada fitrah yang sudah lama diabaikan. Assassin’s Creed Mirage akan dilancarkan pada tahun 2023.

Sohor Kini