Ubisoft kini mengumumkan kerjasama bersama Netflix, dan menyatakan sedang membangunkan sebanyak tiga permainan untuk platform penstriman tersebut.
Tiga permainan yang bakal hadir ke Netflix Games tersebut adalah Assassin’s Creed, Valiant Hearts 2 dan juga Mighty Quest 2.
Ketiga-tiga permainan versi permua (mobile) tersebut akan ditawarkan secara eksklusif melalui Netflix Games.
Dengan langkah ini, ia turut memperlihatkan Netflix telah mula mendapatkan sejumlah permainan eksklusif ke platform mereka, sekaligus menunjukan Netflix Games akan terus mendapat fokus utama dalam tahun-tahun akan datang.
Maklumat lanjut berkenaan permainan ini dijangka dikongsikan lanjut tidak lama lagi.