Selain mengumumkan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, Apple hari ini juga telah mengumumkan penawaran model yang lebih berkuasa dan mahal mereka iaitu Apple iPhone 14 Pro.

Seperti iPhone 14, ia juga ditawarkan dengan dua pilihan skrin iaitu iPhone 14 Pro dengan skrin 6.1-inci dan iPhone Pro Max dengan skrin 6.7-inci dengan paparan Super Retina XDR yang lebih baik berbanding iPhone 13 Pro.

Ia juga hadir dengan rekaan baharu untuk takut, yang dipanggil sebagai Dynamic Island yang akan disertakan dengan beberapa paparan berbeza mengikut penggunaan semasa.

Berbeza dengan iPhone 14, iPhone 14 Pro menggunakan cip pemprosesan baharu iaitu A16 Bionic yang dikatakan menawarkan kelajuan 40% lebih pantas berbanding cip-cip lain yang dikeluarkan pada tahun ini.

Apple iPhone 14 Pro ditawarkan dengan harga RM5299 untuk 128GB, RM5799 untuk 256GB, RM6,799 untuk 512GB dan RM7799 untuk 1TB.

Manakala Apple iPhone 14 Pro Max dengan harga RM5799 untuk 128GB, RM6,299 untuk 256GB, RM7299 untuk 512GB dan RM8299 untuk 1TB.

Sesi pra-tempahan bermula pada 16 September dengan ia diedarkan bermula pada 23 September 2022.

Ia ditawarkan dengan empat pilihan warna.

Sohor Kini