Apple hari ini telah mengumumkan generasi baharu untuk telefon pintar mereka iaitu iPhone 14, iaitu penawaran lebih mampu milik berbanding iPhone 14 Pro.

iPhone 14 hadir dengan dua pilihan skrin iaitu dengan skrin 6.1-inci yang menggantikan iPhone 13 Mini 5.4-inci sebelum ini dan iPhone 14 Plus dengan skrin lebih besar 6.7″ menggantikan iPhone 13 dengan 6.1-inci.

iPhone 14 dan iPhone 14 Plus masih lagi menggunakan cip pemprosesan A15 Bionic akan tetapi dengan 5 teras berbanding 4 teras untuk iPhone 13. A15 Bionic dengan 5 teras sebelum ini hanya digunakan oleh iPhone 13 Pro.

iPhone 14 ditawarkan dengan harga RM4199 untuk 128GB, RM4699 untuk 256GB dan RM5699 untuk 512GB.

Manakala iPhone 14 Plus ditawarkan dengan harga RM4699 untuk 128GB, RM5199 untuk 256GB dan RM6199 untuk 512GB.

Sesi pra-tempahan bermula pada 16 September dengan iPhone 14 akan mula diedarkan pada 23 September dan iPhone 14 Plus pada 7 Oktober.

Ia ditawarkan dengan lima pilihan warna.

Sohor Kini