Semasa acara Gamescom pagi tadi, Mini telah memperlihatkan kereta konsep baharu mereka dengan kerjasama bersama Pokémon iaitu The Mini Concept Aceman. Mini Aceman mula diperkenalkan pada Julai lalu sebagai kereta elektrik mereka.

Dengan kerjasama bersama Pokémon ini, apabila mod Pokémon diaktifkan keseluruhan papan pemuka kereta termasuk skrin ikonik bulat inforia mereka akan memaparkan kesan cahaya kilat Pikachu. Paparan ini dilihat berlaku melalui projektor khas yang memancar animasi pada kereta, serta melalui bawah kereta dengan logo Mini x Pokémon. Mod ini boleh diaktifkan dengan butang fizikal yang terbina.

Paling unik pada kereta ini adalah, di bahagian hadapan kereta terdapat kesan cahaya menarik yang turut berfungsi sebagai projektor untuk memancarkan kandungan Pokémon, filem atau animasi. Cara ia berfungsi masih tidak jelas, tetap nampaknya ketika kereta parkir ia boleh digunakan.

Selain itu, kereta ini turut membenarkan pengguna menyambungkan konsol permainan dan menggunakan projektor terbina sebagai paparan. Buat masa ini masih tidak banyak yang Mini kongsi mengenai kereta elektrik baharu mereka ini. Tetapi ia nampak menarik dan berbeza dengan kereta elektrik lain.

Sohor Kini