Private Division dan Weta Workshop telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan permainan baharu di dalam dunia The Lord of the Rings. Permainan ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024 ataupun 2025.
Ini bukanlah kali pertama Weta Workshop terlibat dengan kandungan berdasarkan The Lord of the Rings, mereka sebelum ini antara studio efek visual yang terlibat dengan filem trilogi asal yang dikeluarkan pada tahun 2001 sehingga 2003.
Buat masa ini maklumat lanjut mengenai permainan ini seperti plot dan juga platform tidak diumumkan, akan tetapi mereka telah menerima kebenaran dari Middle-earth Enterprises untuk menghasilkan penceritaan baharu berdasarkan dunia The Lord of the Rings.