Skip to main content

Filem kedua Sonic The Hedgehog 2 akam ditayangkan pada 8 April akan datang. Filem sekuel ini akan mengembalikan Robotnik lakonan Jim Carrey menentang Sonic bersama rakan beliau Tails, Tom dan ramai lagi. Sonic juga akan menentang musuh yang sedia terkenal dalam permainan video, iaitu Knuckles lakonan Idris Elba.

Sempena pengumuman ViacomCBS yang akan tukar nama kepada Paramount, filem ketiga Sonic The Hedgehog turut diumumkan. Lebih menarik sekali adalah, Knuckles turut akan mempunyai siri sampingan tersendiri dengan Idris Elba kekal sebagai pelakon suara.

Butiran lanjut mengenai filem ketiga dan siri TV masih belum didedahkan lagi, tetapi siri TV Knuckles akan tiba sekitar 2023. Jelas di sini yang francais filem Sonic adalah satu kejayaan buat Paramount, kerana berani untuk teruskan dengan sekuel lain serta siri sampingan.

Leave a Reply