Pasukan Malaysia hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabula berjaya memenangi pingat emas dibawah acara DOTA 2 pada Kejohanan Esukan Komanwel yang diadakan selari Sukan Komanwel 2022.
Pingat emas ini dimenangi oleh pasukan wanita untuk DOTA 2. Pasukan ini terdiri daripada Stephanie “Auroraa” Lim, Nadrah “Nada” Saufi, Wong “HG” Wei Sian, Bette “iStarx” Chia dan juga Tan “Shizuma” Lyn Xhin.
Pingat emas berjaya dimenangi seepas menewarkan pasukan England dengan skor 2-0. England memenangi pingat Perak, dan diikuti pada kedudukan ketiga adalah Singapura dengan pingat Gangsa.
(Sumber : StadiumAstro)