Seth Rogen akan menghasilkan filem animasi CG Teenage Mutant Ninja Turtle baharu untuk Paramount+ bersama dengan Nick Animation Studio. Selain Seth, Evan Goldberg dan James Weave turut akan terlibat mewakili studio Seth sendiri iaitu Point Grey Pictures.

Seth Rogen sebelum ini menyatakan filem ini akan ditayangkan pada 11 Ogos 2023 dan Paramount+ baru-baru ini turut mengesahkan lagi mengenai kewujudan filem ini. Mereka turut menyatakan dengan filem ini, era baharu Turtlemania akan bermula.

Siri TV memfokuskan penjahat dalam dunia TMNT turut akan dihasilkan nanti, bagi mengembangkan lagi dunia TMNT untuk Paramount.

Penerbit animasi Gravity Falls, Jeff Rowe akan menjadi pengarah dan penulis skrip pula adalah Brendan O’Brian yang pernah menulis untuk filem Neighbors: Sorority Rising. Filem ini akan menjadi filem aksi komedi dengan jenaka daripada Seth Rogen dan rakan-rakan, tetapi lebih mesra untuk keluarga.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini