Warner Media kini telah menjadi Warner Bros. Discovery. Di mana ramai eksekutif lepas meletakkan jawatan dan David Zaslav menjadi CEO baharu untuk gabungan dua syarikat ini. David dilihat ingin merombak semula dunia DC, kerana inginkan sesuatu yang baharu dan mengembalikan semula watak-watak ikonik dalam projek filem atau siri TV.

Walau bagaimanapun, David tidak mencari eksekutif seakan Kevin Feigi dan hanya ingin mencari individu dengan latar belakang perusahaan untuk memastikan projek-projek kandungan DC yang tidak berkait dan bergerak secara sendiri ini boleh bekerjasama secara harmoni.

Beberapa hari lepas, Alan Horn iaitu bekas ketua pegawai kreatif Disney telah memasuki Warner Bros. Discovery sebagai penasihat kepada David Zaslav. Alan mempunyai lebih 10 tahun pengalaman di Disney, dan akan mula bekerja di Warner Bros. Discovery hari ini, 1 Ogos 2022.

Sebelum menyertai Disney, Alan pernah bekerja sebagai eksekutif untuk Warner Bros. dan terlibat dengan pembangunan filem Harry Potter serta trilogi Dark Knight. Selepas menyertai Disney, beliau juga menjadi individu yang terlibat dengan filem seperti Star Wars: The Force Awaken, Avengers: Endgame dan Black Panther.

Dengan menyertai Warner Bros. Discovery di bawah naungan David, beliau mungkin boleh memastikan lebih banyak projek DC berjaya.

Sohor Kini