Jika anda seorang peminat siri dan filem animasi Jepun, Odex, syarikat pengedar siri dan filem animasi Jepun, bersama-sama GSC dan Paradigm Mall akan hadir dengan acara Odex Film Festival yang akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk anda pada bulan September ini.
Acara ini, yang akan bermula dari 3-11 September di Paradigm Mall akan memperlihatkan tayangan peminat untuk tiga filem animasi yang ditunggu-tunggu ramai, termasuklah One Piece Film Red, Shin Ultraman dan Isekai Quartet: Another World di pawagam GSC di pusat membeli-belah tersebut.
Disamping itu, aktiviti-aktiviti lain seperti pertandingan cosplay, jualan barang-barangan filem-filem ini dan juga pameran figura di lokasi tersebut. GSC mengatakan bahawa butiran untuk jualan tiket filem-filem ini juga akan diumumkan tidak lama lagi.
Sumber: GSC