Netflix pada minggu ini telah berkongsi senarai filem Original yang mempunyai paling ramai penonton selepas sebulan pertama ia dikeluarkan.

Beberapa filem yang tersenarai tidak mengejutkan terutama Extraction, filem lakonan Chris Hemworth yang sebelum ini dianggarkan menerima 90 juta tontonan untuk sebulan pertama. Anggaran tersebut tidak tepat, kerana ia melebihi 90 juta tontonan.

Berikut adalah senarai penuh bersama dengan jumlah tontonan;

  1. Extraction – 99 juta
  2. Bird Box – 89 juta
  3. Spenser Confidential – 85 juta
  4. 6 Underground – 83 juta
  5. Murder Mystery – 73 juta
  6. The Irishman – 64 juta
  7. Triple Frontier – 63 juta
  8. The Wrong Missy – 59 juta
  9. The Platform – 56 juta
  10. The Perfect Date – 48 juta

Antara filem yang kami merasaka agak terkejut tidak tersenarai adalah Uncut Gems. Seperkara lagi mengenai jumlah tersebut, Netflix juga mengambil kira penonton yang sekadar menonton sekadar 2 minit sahaja untuk dikira sebagai satu tontonan. Jadi ia tidak membawa maksud yang 99 juta penoton sudah melihat sepenuhnya filem tersebut.

Sohor Kini