Deadline hari ini melaporkan yang Joe Russo melalui syarikat penerbitan beliau AGBO sudah menerima tempahan daripada Netflix untuk menghasilkan skrip buat filem susulan Extraction, iaitu filem yang mempunyai tontonan teramai semasa pelancaran.

Joe Russo berharap Sam Hargrave dan Chris Hemsworth akan kembali akan tetapi sebarang perjanjian tidak akan dilakukan sebelum skrip tersebut disiapkan. Beliau juga mengatakan buat masa ini, masih tidak disahkan jika ia menjadi susulan kepada filem pertama ataupun terjadi sebelum filem pertama.

Adakah anda berminat untuk menonton filem susulan buat Extraction?

Sohor Kini