Siri baju kemeja Uniqlo UT x Final Fantasy 35th Anniversary boleh dikatakan antara siri kolaborasi baju yang paling popular, dimana permintaan global untuk baju-baju ini dilihat sangat tinggi, dan sejumlah daripada baju daripada siri-siri baju Final Fantasy yang lebih popular seperti VII, IX, XIII dan XV telah habis dijual dalam masa yang singkat.

Terkini, Uniqlo Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk stok baru untuk baju tersebut dan akan mula menjualnya pada 1 Ogos ini. Ini adalah peluang baik untuk mereka yang terlepas peluang untuk membeli t-shirt tersebut sebelum ini.

Bagi mereka yang tidak mengetahui, Uniqlo dan Square-Enix telah bekerjasama untuk melancarkan 16 baju t-shirt berdasarkan 16 permainan JRPG Final Fantasy yang sudah diperlihatkan.

Sumber: Uniqlo Malaysia

Sohor Kini