Siri TV Obi-Wan Kenobi di Disney+ sepatutnya adalah trilogi filem solo memfokuskan watak Obi-Wan. Tetapi disebabkan kutipan filem Solo: A Star Wars Story tidak memuaskan trilogi filem Obi-Wan diolah menjadi siri TV. Solo adalah filem solo mengenai watak Han Solo ketika muda lakonan Alden Ehrenreich. Filem ini ditayangkan pada tahun 2018 dan turut menyertakan watak Lando Calrissian lakonan Donald Glover.

Selepas sekian lama menyepi dalam dunia Disney, Alden kini disahkan akan kembali bersama Disney untuk siri TV MCU di Disney+ – Ironheart. Deadline melaporkan yang beliau akan berlakon sebagai watak penting dalam Ironheart bersama dengan Dominique Thorne yang akan berlakon sebagai watak utama iaitu Riri Williams – seorang gadis genius yang mempunyai perisai seakan Iron Man.

Siri TV Ironheart masih dalam pembangunan lagi dengan Chinaka Hodge (Snowpiercer) sebagai penulis serta Sam Bailey (Grown-ish) dan Angela Barnes (Mythic Quest) sebagai pengarah. Masih tiada lagi sinopsis untuk Ironheart, tetapi sebelum siri TV ini disiarkan beliau akan dijangka muncul dalam filem sekuel Black Panther – Black Panther: Wakanda Forever.

Sohor Kini