Marvel di San Diego Comic-con telah mengesahkan yang filem Black Panther: Wakanda Forever iaitu filem kedua bagi siri ini akan menjadi penutup untuk Marvel Cinematic Universe (MCU) Fasa 4 dan ia akan ditayangkan pada 11 November 2022.

Bersama dengan perkongsian tersebut, mereka juga berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Pertanyaan utama sudah semestinya mengenai watak T’Challa selepas pelakon untuknya Chadwick Boseman telah meninggal dunia pada tahun 2020. Di dalam treler diperlihatkan yang mereka bagaikan berkabung dan juga memberi penanda yang watak T’Challa mungkin juga di-matikan di dalam filem.

Treler juga memperlihatkan Shuri dan Queen Ramonda menjadi ketua baharu untuk Wakanda, dan Shuri juga mempunyai rakan baharu iaitu Riri Williams lakonan Dominique Thorne yang akan menjadi watak utama untuk siri Disney+ Ironheart.

Diperlihatkan juga Namor iaitu raja untuk Atlantis dan Black Panther baharu yang buat masa ini tidak disahkan lagi sama ada ia adalah Shuri ataupun pelakon baharu.

Sohor Kini