EA telah mengumumkan FIFA 23 secara rasmi dan ia akan tiba pada 30 September 2022, antara penambahan yang disertakan adalah fungsi rentas platform. FIFA 23 akan menyokong rentas platfrom di antara PlayStation 5, Xbox Series, PC dan Stadia, manakala PlayStation 4 bersama dengan Xbox One.
Fungsi rentas platform ini adalah hampir untuk kesemua mod, kecuali Pro Clubs yang mungkin akan tiba kemudian. Satu mod yang paling penting sudah semestinya FIFA Ultimate Team (FUT), yang sepenuhnya akan menyokong fungsi rentas platform ini.
Seperkara menarik mengenainya adalah mengenai Pasaran Pemindahan untuk FUT di mana berbanding setiap platform mempunyai pasaran sendiri, kali ini kesemua platform akan menggunakan pasaran yang sama kecuali PC dan juga Nintendo Switch.
Ini adalah untuk semua pemain, tidak kira sama ada pemain menutup ataupun membuka fungsi rentas platform.
Selain itu, Leaderboard juga akan membolehkan untuk melihat secara global kesemua platform ataupun di platform sendiri. Manakala Leaderboard untuk Squad Battle akan dibuang, kerana ia akan mempunyai sistem ganjaran yang lebih menyeluruh.
Bersempena dengan fungsi rentas platform ini, EA juga memperkenalkan EA Social sebagai hab dalam talian permainan mereka. Termasuk juga FIFA 23, yang membolehkan pemain untuk mencari rakan, dan mengajak untuk bermain bersama.
FIFA 23 akan dikeluarkan pada 30 September 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, PC dan Stadia. FIFA 23 Legacy Edition akan tiba untuk Nintendo Switch.