Deadline telah melaporkan yang Jon Watts iaitu pengarah untuk filem trilogi Spider-man termasuk juga Spider-man: No Way Home telah mengumumkan yang tidak lagi terlibat dengan filem Fantastic Four yang diumumkan pada tahun lepas.

Jon Watts mengatakan yang ia bukanlah disebabkan apa-apa masalah akan tetapi sekadar ingin berehat daripada mengarah filem adiwira.

Kevin Feige, Presiden Marvel Studios mengatakan yang bekerja bersama dengan Jon Watts adalah satu perkara yang sangat baik, dan sangat berharap untuk teruskan dengan Fantastic Four akan tetapi beliau faham dan menghormati keputusan Jon Watts ini.

Sony sebelum ini telah mengesahkan yang filem Spider-man bersama dengan Tom Holland akan diteruskan untuk sekurang-kurangnya tiga filem lagi. Mereka juga ingin terus kekalkan Jon Watts sebagai pengarah, dengan perkembangan terbaru ini, ia mungkin akan berubah.

Jom Watts sebelum ini dilaporkan akan menjadi penerbit untuk filem Final Destination 6 dan juga membantu di dalam penulisan tetapi tidak dinyatakan jika beliau akan menjadi pengarah.

Sohor Kini