Sony kini mengumumkan proses pengambil-alihan studio permaian Bungie telah pun selesai, dan kini Bungie menjadi keluarga PlayStationn sepenuhnya.
Sony sebelum ini telah mengumumkan pengambil-alihan Bungie pada bulan Januari lepas, pada nilai mencapai $3.7 bilion.
Bungie dijangka akan terus beroperasi secara kendiri dalam pembangunan dan penerbitan permainan. Sony sebelum ini turut dijangka akan memfokuskan kepada perkhidmatan permainan langsung yang turut dibangunkan oleh Bungie – dan dijangka akan menjadi salah satu komponen utama masa hadapan PlayStation kelak.