Hasbro iaitu antara pengeluar mainan utama telah mengumumkan Hasbro Selfie Series yang membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan figura menggunakan wajah sendiri. Menariknya, anda boleh meletakkan wajah tersebut di figura watak-watak popular di bawah Hasbro seperti Power Rangers, dan Ghostbusters.

Menggunakan teknologi pencetak 3D Formlab, pembeli hanya perlu memuat turun aplikasi Hasbro Pulse untuk menghantar swafoto, memilih gaya rambut dan juga warna dan ia akan dicetak di mana-mana model figura pilihan.

Figura yang sudah siap tersebut kemudiannya akan terus dihantar kepada pembeli di dalam kotak tersendiri.

Anda boleh tonton video pengenalan di bawah.

Hasbro Selfie Series ini akan ditawarkan pada penghujung tahun ini, akan tetapi ia terhad di Amerika Syarikat sahaja dan masih tiada pengumuman mengenai harga untuknya.

Sohor Kini