Bayonetta 3 Dilancarkan Pada 28 Oktober Untuk Nintendo Switch

Platinum Games dan Nintendo telah mengumumkan yang Bayonetta 3 akan dilancarkan pada 28 Oktober ini secara eksklusif untuk Nintendo Switch. Kami sebelum ini telah melaporkan yang Bayonetta 3 telah menerima penarafan oleh ESRB hari ini, menandakan pengumuman mengenainya akan berlaku dalam masa terdekat.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi treler yang anda boleh tonton di bawah.

Diperlihatkan di dalam treler Bayonetta mempunyai kebolehan baharu iaitu Demon Masquerade yang akan menyambungkan demon ke senjatanya, selain memanggil Gomorrah, Malphas dan Pahantasmaraneae semasa bertempur.

Pemain juga tampaknya akan mengawal seorang lagi watak iaitu Viola, yang dikatakan seorang witch yang masih lagi sedang belajar.

Sesi pra-tempahan untuknya juga sudah dibuka di mana ia ditawarkan dengan harga $59.99 di Nintendo eShop.

Sohor Kini