Bayonetta 3 menerima video acah pertamanya pada bulan September tahun lepas, yang memperlihatkan “tarikh” pelancaran permainan yang ditunggu-tunggu tersebut empat tahun selepas ia diumumkan.

Terkini, melalui laman web Nintendo sendiri (dilaporkan oleh VGC), Bayonetta 3 telah menerima penarafan ESRB Mature 17+ yang secara ringkasnya membawa maksud bahawa permainan ini hanya boleh dimainkan oleh orang dewasa sahaja.

Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sejak permainan Bayonetta yang pertama, kerana permainan tersebut hadir dengan tema-tema yang lebih dewasa, bukan sahaja dari segi pemakaian watak, tetapi tema jalan cerita dan dialog yang tidak begitu elok untuk didengari dan dibaca oleh kanak-kanak.

Bayonetta 3 dijangka masih lagi akan dilancarkan pada tahun ini, tetapi Nintendo masih belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran khusus.

Sohor Kini