Wizards of the Coast bermula hari ini telah melancarkan set penambahan baharu untuk Magic: The Gathering iaitu Double Masters 2022. Ia mula ditawarkan bermula hari ini, dan menyertakan 331 kad baharu.
Seperti set Double Masters yang dikeluarkan pada tahun 2020, Double Masters 2022 juga merupakan set penambahan yang memfokuskan kepada mod permainan Draft, dengan ia menyertakan kad-kad lama yang sudah tidak boleh digunakan mod Standard, tetapi akan menyertakan karya yang baharu.
Double Masters akan ditawarkan dalam pilihan Draft Boosters, Draft Packs dan Collector Boosters. Anda boleh layari laman Double Master 2022 untuk maklumat lanjut; https://magic.wizards.com/en/products/double-masters-2022.
Bersempena dengan pelancaran ini, Wizards telah memberikan kami 8 pek Draft Boosters untuk dibuka. Pek Draft Booster ini boleh didapatkan melalui Double Masters 2022 Draft Booster Box yang menyertakan 24 Pek Draft Booster secara keseluruhan. Ia ditawarkan dengan harga RM1,450.
Setiap Pek Draft Booster akan menyertakan 16 kad termasuk juga 1 kad token ataupun iklan. Di dalam 16 kad tersebut, 2 hingga 4 kad adalah Rare ataupun lebih tinggi, 3-5 Uncommon, 8-10 Common dan 1 kad Land.
Selepas membuka 8 pek, iaitu lebih kurang 128 kad, saya mendapat 4 kad jenis Mythic iaitu Aurelia, the Warleader, Dragonlord Silumgar, Uril, the Miststalker dan Elenda, The Dusk Rose yang juga merupakan kad tanpa bingkai.
Jika mengikut MTGGoldFish, Aurelia, the Warleader dipasarkan dengan harga $13.92, Dragonlord Silumgar dengan harga $5.16, Uril, the Miststalker dengan harga $6.74 manakala Elenda, The Dusk Rose berharga $12.40 manakala untuk versi tanpa bingkai ditawarkan dengan harga $17.11.
Satu-satunya kad baharu yang disertakan di dalam set penambahan Double Masters 2022 ini adalah Cryptic Spires, iaitu pertama kali set Masters menerima kad baharu. Kad ini akan disertakan di dalam setiap Pek Draft Booster, dan sangat berguna untuk memudahkan mana semasa bermain.
Semasa awal permainan, pemain boleh memilih dua pilihan warna untuk digunakan dengan tanda di kad tersebut.
Ini adalah antara-antara kad menarik yang kami terima selepas membuka 8 Pek Draft Boosters, anda boleh layari tag Magic: The Gathering untuk perkongsian lain dan layari laman Wizards untuk mencari kedai-kedai berdekatan yang menawarkan produk Magic: The Gathering.