Kami sebelum ini telah memetik laporan Berita Harian mengatakan yang FINAS telah merujuk peguam mengenai filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan tidak memberikan kredit mencukupi kepada FINAS, yang melanggar perjanjian di antara mereka.

FINAS mengatakan yang terdapat barangan pemasaran tidak meletakkan logo FINAS dan selain itu ia juga tidak disertakan di dalam kredit akhir filem untuk tayangan awal, ia kemudiannya disertakan untuk tayangan selanjutnya.

Menjawab perkara tersebut, penerbit filem tersebut iaitu Abdul Rahman Mt Dali telah memberi kenyataan kepada Berita Harian yang kesalahan tersebut adalah berpunca daripada kecuaian dan terlepas pandang yang tidak disengajakan.

Beliau juga mengatakan yang tidak sedar logo FINAS tidak diletakkan dalam senarai kredit filem sehinggalah berlangsungnya sesi tayangan perdana dan mengatakan yang mereka cuba perbaiki maslaah tersebut mengikut kemampuan walaupun terlewat.

Beliau juga menegaskan tidak timbul konflik di antara syarikat Studio Kembara dan FINAS, bahkan mereka memuji inisiatif FINAS di dalam membantu mereka di dalam menyiapkan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ini.

FINAS menyediakan dana bernilai RM1.5 juta untuk penghasilan filem ini. Selain itu FINAS juga menyediakan dana pemasaran bernilai RM300 ribu dan membenarkan penggunaan studio untuk kerja pasca produksi bernilai RM180 ribu.

Filem Mat Kilau sebelum ini telah dilaporkan menjana pendapatan sebanyak RM53 juta dalam masa 13 hari tayangan, sekaligus menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi.

Sohor Kini