Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim telah mengatakan kepada Berita Harian yang Studio Kembara iaitu penerbit untuk filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah gagal memenuhi perjanjian untuk memperlihatkan logo FINAS di dalam bahan bercetak yang berkait filem tersebut.

Ini sekaligus telah melanggar perjanjian sumbangan dana oleh FINAS di dalam filem tersebut yang dikatakan bernilai RM1.5 juta, selain itu FINAS juga menyediakan dana pemasaran bernilai RM300 ribu dan membenarkan penggunaan studio untuk kerja pasca produksi bernilai RM180 ribu.

Tambah beliau lagi, buat masa ini Studio Kembara gagal untuk meminta maaf perkara tersebut dan sekadar menyatakan yang FINAS gagal untuk memaklumkan mengenai hal kredit ini.

Prof Dr Md Nasir Ibrahim juga mengatakan yang FINAS telah mengarahkan peguam untuk menyemak isu ini.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan buat masa ini telah menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi, setelah mencatat kutipan melebihi RM39 juta selepas kurang 2 minggu ditayangkan. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan – Bangkitnya Filem Melayu Yang Boleh Cipta Sejarah.

Sohor Kini