Dominasi filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di pawagam-pawagam tempatan berterusan lagi untuk minggu kedua, dan setelah ditayangkan sejak 13 hari yang lepas, ia telah mencatat kutipan sebanyak RM53 juta, gah berada di atas sebagai filem tempatan dengan kutipan tertinggi.

Mat Kilau mencatat kutipan sebanyak RM1 juta untuk sehari pertama, diikuti RM11 juta untuk hujung minggu pertama, RM23 juta untuk seminggu pertama dan kini RM53 juta tidak sampai dua minggu ditayangkan.

Pencapaian ini mengatasi pemegang rekod filem tempatan dengan kutipan tertinggi sebelum ini iaitu Munafik 2 dengan jarak lebih RM20 juta. Manakala untuk kesemua filem ditayangkan di Mlaaysia, ia akan berada di kedudukan 10 terbaik dengan kutipan tertinggi masih lagi dipegang oleh Avengers: Endgame dengan kutipan melebihi RM87 juta.

Hari ini telah dilaporkan yang FINAS sedang merujuk peguam mereka kerana Studio Kembara, penerbit untuk filem Mat Kilau mungkin telah melanggar perjanjian penyumbangan dana dengan tidak meletakkan logo FINAS di beberapa barangan pemasaran.

Nak tahu pendapat kami mengenai filem ini? Baca ulasan; Ulasan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan – Bangkitnya Filem Melayu Yang Boleh Cipta Sejarah.

Sohor Kini