Selepas beberapa kali memecahkan rekod sebelum ini, tidak mengejutkan apabila filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan secara rasminya menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi apabila mencatat kutipan sebanyak RM39 juta selepas lebih kurang 2 minggu dikeluarkan.

Ini sekali gus mengatasi rekod yang sekian lama di pegang oleh satu lagi filem oleh Syamsul Yusof iaitu Munafik 2 yang mengutip RM37.7 juta di Malaysia. Ini sudah semestinya satu perkembangan yang baik untuk industri perfileman Malaysia, menandakan selepas pandemik Covid-19 orang kini mula membanjiri pawagam semula.

Filem Mat Kilau sebelum ini mencatat RM12 juta untuk hujung minggu pertama, diikuti RM23 juta untuk minggu pertama dan kini RM39 juta. Dengan ia masih lagi ditayangkan di kebanyakan pawagam, tambahan satu lagi filem besar bulan ini iaitu Thor telah ditunda, tidak mengejutkan jika Mat Kilau akan mencecah RM50 juta tidak lama lagi.

Sohor Kini