Stranger Things 4 adalah musim baharu siri TV popular mengenai sekumpulan kanak-kanak yang kini remaja menentang makhluk ganas dari dunia lain. Dunia lain ini digelar sebagai Upside Down, iaitu dunia alternatif yang mencerminkan dunia sebenar tetapi didiami makhluk aneh yang membunuh.
Musim keempat memfokuskan kisah 11 mencari kuasa beliau, serta musuh baharu digelar Vecna yang mengancam nyawa penduduk Hawkins. Terdapat banyak pasukan bekerjasama kali ini seperti Joyce dan Murray, Enzo dan Hopper, gandingan Dustin dan Eddie, Argyel dan Jonathan, Nancy dan Robin serta watak utama seperti Mike, Whill, Dustin, Max, Lucas, Steve dan ramia lagi yang berpisah.
Stranger Things 4 kini menjadi siri TV bahasa Inggeris yang paling banyak ditonton di Netflix. Di peringkat global terdapat 335,010,000 jumlah jam tontonan. Ia juga telah kekal menjadi siri TV dalam senarai 10 teratas selama dua minggu berturut-turut. Tempat kedua adalah Stranger Things musim pertama (75,080,000 jumlah jam), ketiga adalah musim kedua (58,270,000 jumlah jam) dan keempat adalah musim ketiga (47,420,000 jumlah jam).
Di Malaysia juga, siri TV ini menjadi pertama di tangga teratas dan turut kekal dua minggu berturut-turut dalam senarai 10 teratas. Tempat kedua adalah Stranger Things musim pertama, ketiga dan keempat adalah musim pertama My Liberation Notes dan Tomorrow. Sementara musim kedua dan ketiga Stranger Things berada di tempat keenam dan kelapan.
Baca: Ulasan Stranger Things 4 Bahagian 1 – Makin Seram, Ngeri Dan Panjang