Brad Pitt sejak kebelakangan ini dilihat cukup aktif di Hollywood, baik sebagai penerbit atau juga pelakon. Filem beliau sebelum ini adalah The Lost City, iaitu filem aksi komedi dan pengembaraan bersama Sandra Bullock dan Channing Tatum.

Baca: Ulasan The Lost City – Sekadar Cukup Rasa

Terkini beliau akan muncul dalam filem Bullet Train pula, sebagai pembunuh upahan yang digelar Ladybug. Berikut adalah treler terbaru;

Ladybug adalah seorang pembunuh upahan yang bernasib malang, kerana setiap misi beliau pasti akan bermasalah. Misi terkini beliau semakin mencabar, di mana terpaksa bertembung dengan lebih ramai pesaing. Apa yang dahsyat adalah, misi ini berlaku dalam Bullet Train antara kereta api yang pantas di Jepun.

Ia dilihat penuh dengan aksi yang hebat dan komedi. Filem ini diarahkan oleh David Leitch (Deadpool 2), berdasarkan buku Kotaro Isaka dengan skrip oleh Zak Olkewicz. Selain Brad, Joey King, Aaron Taylor-Johnson, Brian Tyree Henry, Andrew Koji, Hiroyuki Sanada, Michael Shannon dan Benito A Martínez Ocasio turut berlakon dalam filem ini.

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 4 Ogos akan datang.

Sohor Kini