Jim Carrey telah mengatakan yang beliau bercadang untuk bersara dari dunia lakonan di dalam satu temubual ketika mempromosi filem terbaru beliau iaitu Sonic The Hedgehog 2. Beliau mengatakan yang melainkan menerima skrip yang dia rasa penting untuk dilakonkan, beliau mungkin tidak akan kembali berlakon selepas filem ini.

Bercakap mengenai perkara tersebut bersama dengan IGN penerbit untuk filem Sonic 2 iaitu Neal H. Moritz dan Toby Ascher mengatakan yang jika Jim Carrey benar-benar bersara mereka tidak akan langsung mencuba untuk menggantikan watak Dr. Robotnik dengan pelakon yang berlainan.

Namun, mereka menegaskan yang Jim Carrey sangat menyukai watak Robotnik, oleh itu mereka tidak merasakan yang beliau akan menolak peluang untuk terus membawa watak tersebut.

Pengumuman oleh Jim Carrey ini adalah satu perkara yang sudah semestinya mengejutkan terutama dengan pengumuman yang sama dilakukan oleh Bruce Willis yang terpaksa bersara kerana masalah kesihatan.

Sonic the Hedgehog 2 akan ditayangkan pada ditayangkan secara rasmi pada 21 April dengan tayangan awal pada 18 dan 19 April. Anda juga boleh berpeluang untuk mendapatkan 2 tiket lebih awal dengan menyertai peraduan ringkas yang kami lakukan di Facebook dan Twitter.

Sohor Kini