Obi-Wan Kenobi adalah watak yang cukup terkenal dalam francais Star Wars. Watak ini dilakonkan oleh Alec Guinness dalam A New Hope, The Empire Strikes Back dan Return of the Jedi, kemudian untuk trilogi prekuel The Phantom Menace, Attack of the Clones, Revenge of the Sith watak ini dilakonkan oleh Ewan McGregor.

Ewan baru-baru ini telah kembali beraksi sebagai Obi-Wan dalam siri TV tersendiri beliau untuk Disney+ bersama-sama dengan Hayden Christensen yang kembali sebagai Anakin/Darth Vader.

Baca: Ulasan Obi-Wan Kenobi – Kisah Star Wars Moden Yang Tidak Konsisten

Bagi yang tidak tahu, siri TV ini sebenarnya bermula dengan skrip untuk filem. Tetapi dengan perubahan pada rancangan dan strategi Disney dan Lucasfilm yang tidak ingin hadir lagi dengan filem solo selepas kutipan Star Wars: Solo tidak memberangsangkan ia diolah menjadi siri TV yang mempunyai enam episod. Skrip untuk filem ditulis oleh Stuart Beattie (penulis Pirates of the Caribbean:
The Curse of the Black Pearl
, G.I. Joe: The Rise of Cobra), olahan untuk siri TV pula adalah oleh Joby Harold (penulis John Wick: Chapter 3 – Parabellum, The Flash) dengan kredit kepada Stuart untuk episod 1,2,3 dan 6.

Stuart mendedahkan kepada The Direct, yang idea asal untuk skrip Obi-Wan adalah filem trilogi. Filem pertama adalah apa yang berlaku pada siri TV di Disney+. Filem kedua pula adalah bagaimana beliau kembali menjadi Jedi Master menuju ke filem Star Wars: A New Hope.

Ewan pernah menyatakan beliau berminat untuk teruskan memainkan watak Obi-Wan, begitu juga dengan Hayden. Tetapi masih tiada apa-apa informasi lagi, sama ada adakah watak-watak ini akan muncul dalam mana-mana siri TV baharu Disney+ nanti.

Baca: Temuramah Bersama Hayden Christensen – Kostum Darth Vader Ada Sesuatu Yang Istimewa

Sohor Kini